Tidak dinafikan politik merupakan satu cabang yang penting dalam kehidupan manusia. Kerana, melalui politik, kita dapat bekerja, kerana politik kita dapat belajar dan kerana politik jugalah kita dapat hidup aman dan makmur. Bayangkan jika sesebuah negara mengharungi ranjau politik yang sukar, tidak stabil, anda boleh melihat bagaimana kehidupan rakyatnya.
Dalam perspektif mahasiswa, politik didefinisikan sebagai aktiviti yang melibatkan organisasi dan pentadbiran. Seperti kita maklum, AUKU telah menghalang mahasiswa bergiat dalam politik berparti seperti BN, PAS dan lain-lain. Jadi politik mahasiswa hanya berkisar kepada agenda mahasiswa dan adanya pilihanraya kampus. Maka lahirlah dua parti politik mahasiswa(walaupun dinafikan oleh pihak kementerian pengajian tinggi) iaitu Pro-Evolusi dan Pro-Mahasiswa.
Sungguhpun dinafikan, hakikatnya memang wujud. Tidak hairanlah kedua-dua puak ini berkempen sehingga menghasilkan baju sendiri dan lambang masing-masing. Tidak sukar untuk membezakan kedua-dua parti ini. Pro-Mahasiswa biasanya dianggotai ahli masjid, surau dan pelajar agama(pembangkang).
Semasa kempen PRKampus, ada segelintir rakan-rakan saya turut berkempen. Bagi Pro-Mahasiswa, mereka menggunakan sumber kewangan sendiri. Bagi Pro-Evolution, terdapat 'sumber luar' yang menaja mereka( tidak perlu dinyatakan).
Jadi bagi saya, politik dapat mematangkan fikiran mahasiswa. Bagaimana untuk mengatasi masalah dan menambahbaikan struktur mahasiswa. Jika AUKU menghalang mahasiswa bergiat dalam politik luar, maka adalah lebih baik diberi kebenaran politik di dalam kampus. Dengan maksud, semasa PRKampus, ada dua lambang parti politik mahasiswa. Konsepnya sama dengan PRU, majaoriti akan membentuk MPP. Jika kita berfikiran negatif, seperti akan wujud kumpulan berpuak masing-masing, buangkan. Mahasiswa bukanlah cetek pemikirannya. Itu adalah atas budi bicara kedua-dua pemimpin parti politik mahasiswa. Tapi, janganlah sampai mengamalkan politik wang(hehehe).
3/29/2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam tuan tanah, nak panggil apa ye? Seuntai? Seuntai Kata? SKUDR?
ReplyDeleteSaya terlihat nama SKUDR dalam komen di blog saya. Maka saya berkunjung balas.
Syabas anak muda. Saya pun aktivis politik kampus 23 tahun yang lalu. SKUDR belum lahir lagi waktu itu.
Rasa seronok berkongsi minat. teruskan!
salam cyberboron...
ReplyDeletesaya selalu melayari blog anda terutama semasa PRK yang baru sahaja selesai...
nama panggilan...dalam blog bleh panggil sayanik...takdak halnya...
ingat nanti nak ulas juga bab2 politik tanah air ni...tapi..masih 'tak berani'..
kena detect kang kena buang U..
heheh...
apapun..saya cuba mengaktifkan dunia blog dalam mengutarakan pendapat...
Semua orang tahu politik kampus kita terlalu 'kencah' dengan politik 'wang luar'. Namun, yang di atas terus memekakkan telinga dan membutakan mata kerana mereka juga bersekongkong dengan 'pejuang-pejuang universiti'.
ReplyDeleteapa maksud anda PEI PAN..
ReplyDeletestart dari namun....