8/18/2009

H1N1: 3 Lagi Korban

3 lagi korban terbaru Influenza H1N1 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 67 orang.

Menurut Kementerian Kesihatan, sehingga jam 9 pagi ini, sejumlah 276 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad, dengan 36 pesakit yang disahkan H1N1, sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara.

Sementara itu 156 orang dibenarkan pulang dari wad dengan 129 dibekalkan antiviral.

Daripada 36 kes yang sedang dirawat di ICU, 21 daripadanya mempunyai faktor risiko DM (1), penyakit kronik (7), kegagalan buah pinggang (3), asma (2), obesiti (1), kecacatan otak (2), hamil dan bersalin (2) dan kanak- kanak di bawah setahun (3).

Updated H1N1: Vaksin China Selamat

Aug. 18 (Bloomberg) -- Vaksin selesema babi yang dibangunkan China adalah selamat dan berkesan terhadap ujian percubaan awal klinikal terhadap manusia, kata Sinovac Biotech Co. hari ini.

Syarikat farmasi Beijing berkata ini adalah vaksin pertama dunia yang selesai menjalankan ujian awal. Jurucakap Sinovac di China, Helen Yang setakat ini belum ada pengesasahan laporan dilakukan.

Sinovac berkata seramai 1,614 sukarelawan menerima suntikan pertama pada 4 Ogos lalu dan menunjukkan reaksi yang baik tanpa ada tindakbalas berbalik yang serius. 12 peratus mengalami kesan ringan, iaitu kadar serupa terhadap suntikan selesama bermusim.

8/17/2009

Blog Dalam Mantainance

Disebabkan beberapa kesalahan html. Blog terpaksa reverted dan pembinaan semula. Ces!

8/16/2009

H1N1: Ujian Percubaan Vaksin China Selamat


Menteri Kesihatan China menerima suntikan kedua vaksin percubaan

BEIJING, Aug. 12 (Xinhua) -- Menteri KEsihatan China mengumumkan bahawa ujian awal klinikal vaksin H1N1 dibuktikan selamat dan boleh dipercayai untuk kegunaan manusia..

Tiada kes tindakbalas berbahaya daripada ubatan dilaporkan dalam kalangan 13,300 sukarelawan yang mengambil bahagian dalam ujian percubaan tersebut yang dikendalikan oleh 10 syarikat farmasi. Kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan China. the ministry.

Dalam demonstrasi pengesahan ubatan, Menteri Kesihatan China, Chen Zhu mengetuai demonstrasi tersebut dalam menerima vaksin kedua Rabu lalu. Chen telah mendapat suntikan pertama 22 Julai lalu.

Sukarelawan yang lain akan mendapat suntikan kedua selepas 3 minggu daripada suntikan pertama.

Mereka akan membuat kajian mendalam dan akan menggabungkan semua keputusan dalam pertengahan Ogos. Kata Wang Yu, Pengarah Chinese Center for Disease Control and Prevention (CCDCP).

Kesemua ujian percubaan vaksin dipantau oleh CCDCP.

Wang berkata kementerian akan mendedahkan rancangan pemvaksinan selepas ujian klinikal vaksin H1N1 selesai pada pertengahan September. Keselamatan penggunaan vaksin adalah menjadi keutamaan dalam penyelidikan dan pembangunan vaksin.

Setakat 10 Ogos, China melaporkan 2,348 kes dab tidak ada kes serius dan kesemua 2,167 orang telah sembuh.

H1N1: Vaksin Selesema Babi Boleh Membunuh?


MYFOX NATIONAL) - Badan Perubatan British memberi amaran bahawa vaksin yang akan dikeluarkan pada bulan Oktober ini ada hubung kait dengan gangguan saraf yang boleh membunuh.

Laporan menyatakan bahawa perkaitan antara vaksin dengan Gulllain -Barre Syndrom (GBS), iaitu penyakit saraf(neurological) yang serius boleh menyebabkan lumpuh dan seterusnya maut. Doktor digesa untuk memantau kes yang melibatkan gangguan ini.

Vaksin selesama babi telah menyebabkan masalah pada tahun 1976 apabila Pegawai Kesihatan Amerika secara tergesa mengeluarkan vaksin semasa wabak selesama babi menyerang Kem Tentera dan vaksin tersebut berdasarkan virus yang serupa didapati pada pandemik 1918 yang membunuh setengah juta manusia.

Sekitar 40 juta orang menerima vaksin tersebut dan doktor melaporkan peningkatan kes Gullain-Barre dan 25 orang maut sebelum program immunisasi dihentikan.

Vaksin pada tahun ini adalah versi yang berbeza dengan vaksin yang dibuat pada tahun 1976 dan walaupun doktor memantau pembuatan vaksin ini, namun mereka tidak menjangka perkaitan dengan pemvaksinan buat masa ini. Mereka menambah oleh sebab Gullain-Barre boleh disebabkan oleh jangkitan selesema, maka program baru perlu ditubuhkan supaya pemvaksinan itu sebenarnya adalah untuk melindungi sidrom tersebut.

H1N1 : Kematian Terus Dicatatkan


Korea Selatan hari ini melaporkan kematian kedua dalam tempoh dua hari. Mangsa kedua adalah wanita yang berusia 63 tahun yang dijangkiti daripada masyarakat tempatan. Mangsa disahkan mengalami pulmonari oedema Julai lalu dan disahkan dijangkiti pada 8 Ogos lepas. Mangsa meninggal dunia selepas kegagalan organ dan masalah pernafasan yang serius. Lebih 2000 kes dilaporkan di Korea Selatan.

Sementara itu, Taiwan turut melaporkan kematian kedua. Mangsa adalah seorang kanak-kanak berusia 6 tahun dan disahkan mempunyai gejala H1N1 pada 25 Julai lalu. Mangsa pertama adalah seorang lelaki berusia 39 tahun dan meninggal dunia 30 Julai lalu.

H1N1: India Bangunkan Vaksin Selesema Babi Asli


India bakal menjadi negara pertama dalam usaha membangunkan vaksin asli dan boleh disuntik. Kerajaan India juga telah menjemput Pusat Kesihatan untuk menguruskan ujian percubaan ke atas manusia.

"Kami tidak terganggu dengan apa yang terjadi di luar negara. Kerajaan kami mempunyai rancangan untuk menghasilkan vaksin asli sebelum akhir tahun ini dan menjadi negara pertama mempunyai vaksin sebegini." Kata Setiausaha Jabatan Kajian Kesihatan India, V.M Katoch.

"India telah memulakan proses pembuatan vaksin sejak April lalu selepas pandemik tersebar ke seluruh dunia. Sekurang-kurangnya, 3 buah syarikat sedang dalamproses membuat dan kami percaya, dalam bulan November akan ada sesuatu dalam tangan(vaksin)", beliau menambah.

Katoch berkata vaksin berkenaan akan berada dalam pasaran sebelum akhir tahun ini.

Setakat ini, India melaporkan 700 kes jangkitan terutama di Delhi dan Maharashtra.

"WHO telah meluluskan 4 baka virus dan pengawall ubatan kepada India. Dengan demikian,vaksin akan dibangunkan di tiga tempat berbeza merentasi negara"

Antara syarikat farmasi ialah Serum Institute of India (Pune)dengan menggunakan egg-based" vaccine, manakala Bharat Biotech (Hyderabad) dan Panacea Biotech (New Delhi) membangunkan cell line vaccines.

Ujian klinikal terhadap manusia juga akan dilakukan di luar India.