8/16/2009

H1N1: Vaksin Selesema Babi Boleh Membunuh?


MYFOX NATIONAL) - Badan Perubatan British memberi amaran bahawa vaksin yang akan dikeluarkan pada bulan Oktober ini ada hubung kait dengan gangguan saraf yang boleh membunuh.

Laporan menyatakan bahawa perkaitan antara vaksin dengan Gulllain -Barre Syndrom (GBS), iaitu penyakit saraf(neurological) yang serius boleh menyebabkan lumpuh dan seterusnya maut. Doktor digesa untuk memantau kes yang melibatkan gangguan ini.

Vaksin selesama babi telah menyebabkan masalah pada tahun 1976 apabila Pegawai Kesihatan Amerika secara tergesa mengeluarkan vaksin semasa wabak selesama babi menyerang Kem Tentera dan vaksin tersebut berdasarkan virus yang serupa didapati pada pandemik 1918 yang membunuh setengah juta manusia.

Sekitar 40 juta orang menerima vaksin tersebut dan doktor melaporkan peningkatan kes Gullain-Barre dan 25 orang maut sebelum program immunisasi dihentikan.

Vaksin pada tahun ini adalah versi yang berbeza dengan vaksin yang dibuat pada tahun 1976 dan walaupun doktor memantau pembuatan vaksin ini, namun mereka tidak menjangka perkaitan dengan pemvaksinan buat masa ini. Mereka menambah oleh sebab Gullain-Barre boleh disebabkan oleh jangkitan selesema, maka program baru perlu ditubuhkan supaya pemvaksinan itu sebenarnya adalah untuk melindungi sidrom tersebut.

No comments:

Post a Comment