8/16/2009

H1N1: Ujian Percubaan Vaksin China Selamat


Menteri Kesihatan China menerima suntikan kedua vaksin percubaan

BEIJING, Aug. 12 (Xinhua) -- Menteri KEsihatan China mengumumkan bahawa ujian awal klinikal vaksin H1N1 dibuktikan selamat dan boleh dipercayai untuk kegunaan manusia..

Tiada kes tindakbalas berbahaya daripada ubatan dilaporkan dalam kalangan 13,300 sukarelawan yang mengambil bahagian dalam ujian percubaan tersebut yang dikendalikan oleh 10 syarikat farmasi. Kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan China. the ministry.

Dalam demonstrasi pengesahan ubatan, Menteri Kesihatan China, Chen Zhu mengetuai demonstrasi tersebut dalam menerima vaksin kedua Rabu lalu. Chen telah mendapat suntikan pertama 22 Julai lalu.

Sukarelawan yang lain akan mendapat suntikan kedua selepas 3 minggu daripada suntikan pertama.

Mereka akan membuat kajian mendalam dan akan menggabungkan semua keputusan dalam pertengahan Ogos. Kata Wang Yu, Pengarah Chinese Center for Disease Control and Prevention (CCDCP).

Kesemua ujian percubaan vaksin dipantau oleh CCDCP.

Wang berkata kementerian akan mendedahkan rancangan pemvaksinan selepas ujian klinikal vaksin H1N1 selesai pada pertengahan September. Keselamatan penggunaan vaksin adalah menjadi keutamaan dalam penyelidikan dan pembangunan vaksin.

Setakat 10 Ogos, China melaporkan 2,348 kes dab tidak ada kes serius dan kesemua 2,167 orang telah sembuh.

No comments:

Post a Comment