8/16/2009

H1N1 : Kematian Terus Dicatatkan


Korea Selatan hari ini melaporkan kematian kedua dalam tempoh dua hari. Mangsa kedua adalah wanita yang berusia 63 tahun yang dijangkiti daripada masyarakat tempatan. Mangsa disahkan mengalami pulmonari oedema Julai lalu dan disahkan dijangkiti pada 8 Ogos lepas. Mangsa meninggal dunia selepas kegagalan organ dan masalah pernafasan yang serius. Lebih 2000 kes dilaporkan di Korea Selatan.

Sementara itu, Taiwan turut melaporkan kematian kedua. Mangsa adalah seorang kanak-kanak berusia 6 tahun dan disahkan mempunyai gejala H1N1 pada 25 Julai lalu. Mangsa pertama adalah seorang lelaki berusia 39 tahun dan meninggal dunia 30 Julai lalu.

1 comment:

  1. Salam...

    My blog ada prob rasanya.

    Cuba u leave comment di my blog kejap.

    ReplyDelete