8/16/2009

H1N1: India Bangunkan Vaksin Selesema Babi Asli


India bakal menjadi negara pertama dalam usaha membangunkan vaksin asli dan boleh disuntik. Kerajaan India juga telah menjemput Pusat Kesihatan untuk menguruskan ujian percubaan ke atas manusia.

"Kami tidak terganggu dengan apa yang terjadi di luar negara. Kerajaan kami mempunyai rancangan untuk menghasilkan vaksin asli sebelum akhir tahun ini dan menjadi negara pertama mempunyai vaksin sebegini." Kata Setiausaha Jabatan Kajian Kesihatan India, V.M Katoch.

"India telah memulakan proses pembuatan vaksin sejak April lalu selepas pandemik tersebar ke seluruh dunia. Sekurang-kurangnya, 3 buah syarikat sedang dalamproses membuat dan kami percaya, dalam bulan November akan ada sesuatu dalam tangan(vaksin)", beliau menambah.

Katoch berkata vaksin berkenaan akan berada dalam pasaran sebelum akhir tahun ini.

Setakat ini, India melaporkan 700 kes jangkitan terutama di Delhi dan Maharashtra.

"WHO telah meluluskan 4 baka virus dan pengawall ubatan kepada India. Dengan demikian,vaksin akan dibangunkan di tiga tempat berbeza merentasi negara"

Antara syarikat farmasi ialah Serum Institute of India (Pune)dengan menggunakan egg-based" vaccine, manakala Bharat Biotech (Hyderabad) dan Panacea Biotech (New Delhi) membangunkan cell line vaccines.

Ujian klinikal terhadap manusia juga akan dilakukan di luar India.

No comments:

Post a Comment