8/15/2009

Jepun Catat Kematian Pertama

Kerajaan Jepun hari ini mengesahkan seorang rakyatnya menjadi manggsa pertama korban Influenza H1N1. Lelaki yang berusia 57 tahun dan berasal dari Okinawa mati akibat pneumonia. Selain itu juga, lelaki berkenaan turut menderita sakit jantung dan masalah buah pinggang.

Mangsa mengadu mengalami demam, sakit tekak dan gejala lain dan suhu badannya mencatat 37 C semasa menjalani rawatan dialisis. Namun, setelah melakukan ujian mudah pengesan H1N1, lelaki tersebut tidak menunjukkan gejala H1N1.

Namun suhu badan mangsa terus meningkat mencapai 39 C dan pegawai kesihatan melakukan ujian sekali lagi dan mangsa disahkan positif H1N1.

Mangsa diberikan antiviral Tamiflu namun meninggal dunia 6.54 pagi Sabtu.

2 comments:

  1. Kita sama sama tengok adakah angka kematian H1N1 di Jepun akan naik mencanak macam di negara kita nih...

    ReplyDelete
  2. Kalau diikutkan Jepun sebelum ni mengalami peningkatan mendadak jumlah jangkitan. Dan penularan dalam Malaysia pula sangat lewat berbanding Jepun. Namun baru hari ini Jepun mengesahkan kematian pertama. Negara kita sudah mencecah 61 walaupun penularan lewat.

    ReplyDelete