4/21/2009

Dia terbaring di jalan

Seperti biasa, tengah hari tadi aku balik ke kolej dengan motor. Jauh jugalah dari tempat belajar ke kolej. Tengah aku bawa motor tu, aku terperasan ada sesuatu terbaring di atas jalan, betul-betul nak masuk simpang ke kolej aku.

"Ape benda pulak ni", kataku dalam hati.

"Eh, kucinglah. Pehal dia baring tengah jalan," aku sangka kucing tu dah mati. Tapi dia masih bergerak. Terbaring kat situ. Time tu pulak banyak kenderaan. Bas, kereta dan motor. Aku hanya berlalu sahaja melewati kucing itu. Bersalah beb! Sampai kat bilik asyik dok fikir pasal kucing tu. Aku perhati dari jauh sebuah bas masuk ke simpang kolej aku. Terus aku ingat kucing tadi. Agaknya dah penyek ke hah!

Aduh! Kejamnya aku! Ramai juga yang lalu lalang kat simpang itu. Aku harap ada insan yang telah mengangkatnya.

Besok aku bakal melalui jalan itu. Andainya aku ternampak kesan darah atau serpihan daging, tahulah aku kepunyaan siapa.

Aduh! Kucing. Maaf.

2 comments: