4/25/2009

Pengetua Yang Menyusahkan!

Oleh kerana blog ni sebagai medium untuk meluahkan apa yang terbuku dihati, maka aku akan lepaskan segalanya.

Ada sorang kawan aku ni dah kena tendang ke kolej luar (kolej aku sekarang). Walaupun kawan aku tu sangat aktif dlam persatuan, tapi dia tetap ditendang sebab masa PRKampus dia jadi juru kempen untuk calon Pro-Mahasiswa.

Hoi! Apalah sangat jadi juru kempen sampai hang tendang dia keluar! Tapi hang back up budak yang kempen untuk Pro-Evo. Apa punya double standard daa... Bukannya depa nak rampas kerusi pengetua hang.

Hang dah menyusahkan hidup dia sebab dah lah kolej jauh, takdak kenderaan pula. Hang ingat semua pelajar U ni kaya-kaya macam hang ka?

Skrang ni dia dok tengah cari roomate baru. Takut dia dapat roomate yang rosak akhlak. Dia nak jadi roomate aku, tapi aku bilik single.

Skrg ni, aku pula yang bakal ditimpa kesusahan sebab tindakan hang. Kalau dia nak tumpang bilik aku macam mana?? Bukan aku taknak bagi, tapi menginap bilik single adalah impian aku sejak sem 1 lagi!

Lagipun kawan aku ni AJK PMI, suka juga berhujah dan straight forward....
Kalau kawan dia back up dia dan kata kat aku

"Tolonglah tumpangkan dia. Demi saudara seIslam!"

"Khak ptuih... saudara seIslam? oo.. kalau hangpa dalam kesusahan baru nak ngaku sedara. Time aku dok melangung sesorang kat salah satu tiang masjid, hangpa lalu depan aku pun hangpa jarang tegur"

(di atas adalah dialog maya)

Tapi, kalau dia nyatakan hasratnya untuk menumpang.. aku hanya boleh katakan

"Maaf. Tak boleh!"

1 comment: