4/26/2009

Pengkhabaran Besar

Masih berkisar hal wabak baru iaitu selesema babi.

Masih sampai sekarang hati aku tak tenang dek teringat berita terbaru ini. Memang ada kelainan dengan kes-kes sebelum ini. Kalau kes-kes sebelum ini seperti
  • Selesema burung
  • JE
  • Antrax
Semuanya diketahui punca-puncanya.

Tapi selesema babi ini dikatakan tidak pernah dijumpai malah merebak antara manusia. Kalau melihat secara kasar kombinasinya, babi, burung dan manusia amat jauh sekali perbezaan.

Aku teringat salah satu tanda kiamat, penularan wabak penyakit yang membunuh banyak nyawa manusia. Sebelum ini aku ingatkan JE, namun JE berjaya dikawal. Selesema Burung, pun berjaya dikawal malah terdapat pula vaksin.

Adakah selesema babi ini merupakan pengkhabaran sebenar wabak dalam tanda kiamat tersebut?

Biarlah apapun, manusia seharusnya sedar!

Memang patutlah makhluk Allah itu diutus dalam mana manusia sekarang ini telah bertindak melampaui batas. Agama Islam dan sumbernya telah jauh ditinggalkan, suburnya pusat-pusat maksiat.

Namun apakan daya, manusia tetap tidak akan berubah. Hanya segelintir yang akan mengambilnya sebagai satu pengajaran.

Baru terfikir:

selesema babi = Virus JE(babi) + Virus Selesema Burung(lupa daa nama virus tu) + Virus manusia (tak pasti)?

No comments:

Post a Comment