
Adakah tidak menyertai tabligh bermaksud kita menolak dakwah? Saya biarkan persoalan ini anda nilai sendiri. Bagi saya, dakwah ini tidak hanya terhad melalui lisan sahaja. Bagi saya, nasihat-menasihati melalui penulisan lebih berkesan, tetapi bergantung kepada situasi seseorang. Jika dia memang dikurniakan lisan yang bagus, lancar dan fasih, maka sesuailah dengan dirinya. Bagi saya, saya memilih penulisan.
Berbangkit pula soalan
"Kita ikut tabligh ni mencari ilmu, bukan hanya terhad kepada dakwah sahaja"
Itu betul, tapi itu bergantung kepada seseorang. Macam diri ini, cukuplah saya menghadiri kuliah-kuliah yang dianjurkan oleh pihak masjid dalam U. Tak perlu saya keluar selama beberapa hari. Bagi saya, apa yang ada dalam U sudah terbaik buat saya dari segi pembahagian masa. Memang sesetengah orang memang suka akan aktiviti sedemikian. Tetapi tidak bagi saya.
Sasarkan kepada golongan yang sepatutnya
Jemaah tabligh sering melakukan ziarah dari bilik ke bilik untuk menyampaikan tazkirah. Pernah juga bilik saya diziarahi. Diceritakan juga oleh kawan saya, jemaah tabligh di kolej kawan saya sering didatangi oleh jemaah tabligh. Kedatangan mereka disambut dengan suasana sepi sedangkan sebelum kedatangan mereka "huha..huha.." Masing-masing mematikan diri (kang mati betul2 kang). Pintu diketuk, tetapi tak berbuka. Itu salah satu adegan di kolej kawan saya.
Pada pendapat saya, jemaah tabligh perlu mensasarkan kepada pelajar yang melepak dan yang berpasangan di cafe kerana itu lebih diutamakan. Secara terangan mereka membuat kesalahan dan itu sepatutnya yang perlu diberi teguran. Ada yang sampai berpegang tangan, pegang bahu, sentuh-menyentuh.
Jadi, itulah pandangan saya. Pandangan diri saya terhadap jemaah tabligh. Saya tetap hormat mereka, tapi itulah. Bergantung kepada seseorang. Selagi saya mendapat input daripada aktiviti yang saya ikut, Alhamdulillah.
p/s-gambar saya minta izin untuk copy. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment