
Virus A Influenza H1N1 telah merebak ke hampir 16 buah negara termasuk negara jiran, Singapura. Sudahlah Singapura dekat dengan aku. Mudah-mudahan virus ini tidak merebak masuk ke negara kita. Serba sedikit mengenai Influenza pembunuh ini yang hampir membunuh 150 orang ketika ini.
Apakah selesema babi(swine flu)
Penyakit pernafasan yang disebabkan oleh babi disebabkan jenis virus A influenza. Selesema babi boleh merebak antara manusia dengan manusia. Sebelum ini, penyakit ini merebak secara terhad teta[i sekarang virus ini aktif bermutasi sehingga begitu mudah menyerang sistem manusia.
Gejala diserang
Gejalanya adalah seperti selesema biasa, iaitu sakit tekak, batuk, sakit badan dan pening kepala, kesejukan dan keletihan. Terdapat juga pesakit mengalami muntah-muntah. Bagi penyakit ini, gejalanya dalah sangat kronik.
Bagaimana ianya tersebar
Cara tersebar adalah sama seperti selesema biasa. Anda terdedah kepada orang bersin atau batuk secara terus maka anda mempunyai kebarangkalian untuk dijangkiti. Kadangkala, ia boleh tersebar melalui sentuhan.
Bagaimana untuk mengelak dijangkiti
Yang paling penting, basuh tangan anda. Sentiasa berada dalam persekitaran yang sihat. Dapatkan minuman dan tidur yang mencukupi, dan makan makanan yang berkhasiat. Elakkan diri anda daripada menyentuh kotoran dan berhubung dengan orang yang dijangkiti.
Apakah ada rawatan untuk pesakit
Pemberian oseltamivir atau zanamivir adalah dicadangkan untuk rawatan dan penghalang daripada jangkitan Influenza ini.
[Klik disini] untuk maklumat lanjut.
housemate ku ngn kwn dia br je pg singapore jmput prof dr jepun...kwn dia punye lah doa, hrp tak terkena jangkitan..
ReplyDelete