Pagi tadi aku layan radio Hot FM. Adalah satu slot sedutan DeeJay AG dan Kieran berbual dengan pemanggil.
Si pemanggil ini telah menceritakan bahawa dia sudah berkahwin satu tahun dengan suaminya tetapi hatinya masih mencintai kekasih lamanya. Tersangat-sangat cinta!
Ada sesetengah DJ biasanya akan memberi respond untuk membuat lawak tetapi AG dan Kieran telah memberi respond yang membina.
"Kata orang tua-tua, lima tahun pertama masih dalam suaikenal," kata AG
"Ye ke. Tapi saya masih tak nampak pun," balas pemanggil.
"Takde. Awak kene beri peluang. Kalau saya suami saya kecik hati tau," sampuk Kieran.
"Masih suai kenal," suara AG menyampuk.
"Hahaha.." Pemanggil ketawa.
"Ish..gelak pula dia. Ingat..bagi peluang..Masih suai kenal." Suara AG dan Kieran bergabung kali ini.
"InsyaAllah.." balas Pemanggil..
"Okey..babai"
Sebenarnya, situasi antara pemanggil dan DJ adalah santai dan lawak-lawak. Tetapi diakhiri dengan ketegasan DJ dua orang ini. Bagus!
Kepada pemanggil, janganlah anggap kahwin ni mainan.
5/02/2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pndai diorg bg motivasi...
ReplyDelete