8/07/2009

Tersalah Langkah Punca Penularan?

Ini sekadar pendapat aku.

Sebagaimana yang kita tahu, H1N1 adalah virus yang boleh berjangkit melalui medium udara. Jadi, pantang ada seorang dua yang disahkan positif, maka kerajaan pun mewajibkan penutupan institusi atau sekolah-sekolah dan tidak terlepas juga kem-kem PLKN.

Maka, semua pelajar dan peserta perlu pulang ke rumah masing2 untuk dikuarantin. Di sini aku rasa ada masalah. Menyuruh pelajar pulang ke rumah. Adakah kita pasti pelajar yang pulang itu tidak membawa balik virus tersebut?

Katakanlah seorang pelajar sekolah disuruh balik sebab sekolah kena tutup. Disebabkan dia bukan salah seorang pelajar yang disahkan positif, maka kita terlepas pandang kepada dia dan warga sekolah yang lain. Jadi, apabila dikuarantin di rumah, hanya pelajar tersebut yang duduk di rumah. Oleh kerana dia pembawa virus secara tidak sedar, maka tersebar lah pulak virus itu di rumah iaitu kepada ahli keluarga. Oleh kerana kuarantin hanya untuk pelajar itu, maka bapa yang bekerja dan berinteraksi dengan orang lain, meyebarkan pula virus itu kepada orang lain. Dan seterusnya dan seterusnya lagi. Maka terbentuklah pandemik tempatan.

Apa langkah terbaik? Aku pun tak ada jawapannya.

No comments:

Post a Comment