Ada seorang kawan aku, minat sangat kat cerita korea. Fanatik. Tak boleh nak kritik langsung. Tapi, pada aku, bolehlah.. Dari segi lawak memang ada. Tapi jalan penceritaan semua hampir sama. Bahkan, aku boleh agak bagaimana ending cerita, sebabnya urutan plot hampir sama.
Mula-mula ada dua lelaki dan seorang perempuan. Dah boleh agak, dua laki ni mesti suka perempuan yang sama. Salah seorang lelaki mesti akan bergaduh dengan perempuan tersebut. Tapi gaduh-gaduh pun last sekali perempuan tu syok kat laki tu! Tapi sebelum "declare" yang perempuan tu syok, dia akan berkasih dengan laki sorang lagi...so..sama sahaja!
Cerite Jepun..ermm..setakat ni aku boleh nampak perbezaan. Cerita Gokusen 1,2 dan 3. Jalan cerita hampir sama, tetapi tidak serupa. Paham tak? Tema dia sama, tapi ada adegan yang lain. Tapi sesuai dengan tema cerita dia malah tajuk pun sama, Gokusen. Cerita ni best giler. Kalau bab sedih, sedih betul. Kalau lawak,lawak betul.
Tapi anda tak boleh lawan kesedihan dalam One Litre of Tears. Perghh! Aku pun bergenang beb! Serius..memang sedih tahap gaban. Tak payah kate aku ni sentimental, kawan aku yang muka serius pun nangis beb! hahaha.... kalau korang blum tengok, baik tengok...
4/18/2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dulu aku fanatik gak ngn dramakorea ni, tp skang dh bosan la...jln citer same jer..erm tp kalo filem korea...mmg best..x mcm drama lah.
ReplyDeleteone litre of tears, each episode nngis...mmg malu kalo tgk kawan..so aku tgk sorang2 jer. lecturer kwn kt utm(lecturer ni laki) pun siap promote kt student2 dia citer ni..
owh..iye..memang sedih...hehe
ReplyDelete