4/19/2009

Pertempuran Bakal Bermula

"Setelah sekian lama melakukan persediaan akhirnya pertempuran akan bermula. Bilakah mereka akan menyerang?" kataku kepada seorang rakan seperjuangan.

"23 April, hari Khamis," balas rakanku.

"Mudah-mudahan persediaan dan perjuangan kita akan memperoleh kejayaan, InsyaAllah," kataku memberi semangat.

"InsyaAllah!"
Dialaog maya di atas adalah persediaan menghadapi pertempuran dengan Subjek Hubungan Etnik, yang dinamakan Perang Etnik. Seterusnya berlanjutan dengan Perang Organik, Perang Pengangkutan, Perang Thermo dan Perang Berangka.

"Kita akan menghadapi banyak pertempuran. Ayuh, bangkitlah semua!" Kataku bersemangat.

"Ya!!" Balas rakanku...

Sebelum ni aku anggap menghadapi peperiksaan ibarat aku berdepan dengan seorang gadis. Gadis yang perlu dibelai( belajar) agar hati gadis dilembutkan (soalan menjadi senang) dan akhirnya gadis itu jadi milikku( berjaya dalam exam).

Tetapi, selepas baca buku Salahudin Ayub, aku anggap peperiksaan adalah medan pertempuran. Tambahan pula mencari ilmu merupakan salah satu cabang jihad. Jadi, ayuh bertempur!! heheh....

"Semoga berjaya rakanku", kataku mengangkat senjata pena.

No comments:

Post a Comment