"Eh, jom kita pergi tengok konsert," ajak Imad kepada Man.
"Taknaklah, ceramah semalam ada sebut pasal hiburan. Hiburan yang melampau akan melalaikan," balas Man.
"Alah, kau ni, janganlah over sangat. Setakat pergi tengok konsert, lagipun kita sembahyang jugak kan," Imad pertahan ajakannya.
"Betul juga, kita tak tinggal solat, maknanya bukan melalaikan, ayuh." Man menurut serta kawannya ke konsert.
Aku pun sebenarnya berfikiran seperti itu. Dialog maya dia atas memang pernah berlaku dalam hidup aku.
Lalai? Lalai macam mana. Solat, solat dah. Ape lagi??
Rupanya, lalai ni banyak jenis. Memanglah kita solat, tapi lalai dari segi cintakan kepada dunia. Baru aku sedar, hiburan ini sebenarnya boleh menghakis semangat jihad insan muslim.
Jihad kita sekarang ni tak sama dengan jihad para sahabat dalam menegakkan Islam adalah disebabkan kita cintakan dunia.
Pernah berlaku dialog antara aku dan seorang kawan:
"Kalau pemimpin kita buat seruan jihad ko pergi ke?"
"Rileks dulu, kahwin dulu. Merasa dulu kahwin"
Anda nilai sendirilah.
4/19/2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment