4/09/2009

Hakikat Mati

Kesempatan yang ada ini saya ingin mengucapkan takziah kepada kawan saya yang telah kehilangan ayah 3 hari lepas. Semoga roh dicucuri rahmat.
Demikianlah hidup sebagai seorang hamba. Apabila Tuan telah memanggil, maka si Hamba tidak punya alasan untuk tidak menyahut seruan Tuannya.
Kematian sememangnya satu kemestian. Kita tidak tahu bila kita akan mati. Jika kita betul-betul memahami hakikat mati, maka kita seolah-olah merasakan tidak ada perasaan untuk melakukan perkara-perkara keji. Kerana takut, semasa kita melakukan perkara keji, semasa itu jugalah malaikat maut menjemput kita. Kesedihan semasa meratapi pemergian insan tersayang memang adalah satu lumrah. Tapi Rasulullah tidak menyuruh kita meratap sehingga melalak menyalahkan Tuhan. Apa yang kita boleh buat untuk merawat kesedihan kita ialah:
- anggap kematian itu adalah pemergian yang sementara dan yakin kita akan bertemu semula. Ini adalah diibaratkan sebagai perginya seorang itu untuk perjalanan yang jauh untuk beberapa masa, dan akan pulang bertemu dengan kita jika diizinkan Allah.
- gantikanlah ratapan selama beberapa bulan(andai kata) dengan mendoakan kesejahteraan roh insan yang tersayang. Doakanlah agarAllah mengampunkan dosa dan ditempatkan di syurgaNya. Disamping, kita juga berusaha menjauhkan segala laranganNya agar kita juga ditempatkan di syurgaNya agar kita bisa bertemu dengan insan tersayang di syurgaNya.
Itulah kehidupan...andai anda benar-benar faham akan kematian, anda sentiasa berwaspada. Anda sentiasa memikirkan, masih adakah hari esok untukku? Adakah ada jaminan untuk aku hidup selepas 10 minit?
Mungkin orang akan anggap penulis hanya tahu menulis tanpa mempraktikkan apa yang ditulis, jadi saya berpesan untuk diri saya dan anda, cubalah untuk memahami hakikat kematian.

-kepada empunya gambar, saya minta izin untuk copy. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment