4/08/2009

Persenda Agama...Fikir balik..

Sekarang sedang heboh NGO-NGO buat laporan polis terhadap pemimpin politik yang didakwa mempersendakan Al-Quran lantaran salah sebut nama surah dan tafsir. Bagi saya, kesilapan menyebut nama surah itu adalah perkara lumrah kerana datangnya daripada orang bukan Islam. Tujuannya satu, untuk kuatkan hujah. Bayangkan kalau pemimpin tersebut menyebut contohnya:

“Menurut kitab bible sekian..sekian..sekian... adakah anda semua setuju?” Maka jawab penyokong dan hadirin “setuju!!”

Saya percaya tajuk akhbar esoknya

“Penyokong PAS sokong kitab selain Al-Quran?”

Maka mufti pun bersuara jatuh kafirlah mereka..pulak dah! Jadi tak perlu ribut-ribut mengenai isu ini.

Kesilapan menyebut tu perkara biasa memandangkan lidah mereka masih belum biasa. Sedangkan ada segelintir kawan-kawan saya yang Islam sebut Allah pun tak betul.. macam mana?

Kalau nak diikutkan, banyak lagi hal-hal yang mempersendakan agama tapi dibutamatakan oleh mufti dan tokoh agama. Kalau boleh persenda agama hanya boleh ditegur jika kesalahan dilakukan oleh pihak tertentu sahaja.Pihak yang satu lagi..halal..lantak kamu la...

Contohnya:

· Wanita yang pakai tudung tapi nampak rambut..bukankah ini terang-terang persenda agama. Aku tengok ramai je pemimpin parti itu buat trend macam ni...kenapa tak tegur? Tak saman?

· Sport Toto haram, judi haram tapi hari-hari dok papar nombor dalam akhbar..tak persenda agama ke ni woii... pesal tak saman? Pesal tak tegur..

4 comments:

  1. KEHKEHKEH INI LE MSLH PUAK2 PR NI. KLU PSL WANITA X PAKAI TUDUNG, JUDI HARAM KE HAPE KE MELENTING SMPI ATAS BUMBUNG TP BILE TOK GURU PUN SAMA HALALKAN BENDA HARAM (SEMBAHYANG IMAM ORG UMNO X SAH, BEKAWAN DGN SETAN LG BAIK, ALLAH SUKE MENCARUT SO TOK GURU PUN AJAR ANAK BUAH MENCARUT, UNDI PAS MASUK SYURGA..DAN BLA..BLA..BLA) KEHKEHKEH..MMG TOK GURU DGN ANAK MURID 2 x 5 = SESAT! KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  2. Saya sarankan anda banyakkan bahan bacaan mengenai isu-isu di atas.. Jangan hanya baca bahan bacaan puak anda sahaja. Kalau sesat dah lama PAS diharamkan seperti Al-Arqam... ada akal fikir...

    ReplyDelete
  3. sayanik ker???
    ceh..bongokla ko ni dh sah2 org kafir hina islam agama ko sndiri senang2 je ko leh sokong..bodoh ke apa ko ni...

    ReplyDelete
  4. pantang btul kalo bab pggil orang bodoh ke bongok ke bangang ker, yg sewaktu dgnnye. agaknye diorg ni perasan sama taraf ngn albert einstein kot...
    tu la mslhnye kalo perasan terlebih pndai..mulut tu suka ati la mgata..

    ReplyDelete