7/26/2009

Menemui Allah

Allahyarhamah Yasmin Ahmad
Pemergian Allahyarhamah Yasmin Ahmad baru-baru ini telah mengejutkan rakan media dan artis. Arwah dikatakan rebah semasa dalam satu sesi pembentangan di TV3. Antara filem yang diarahkan ialah Sepet, Gubra dan Mualaaf yang telah menimbulkan kontroversi.

Shukri Hashim
Allahyarham meninggal dunia yang fana ini akibat penyakit barah yang dihadapinya. Sesekali aku menonton tv dan ternampak shukri hashim, aku tertanya-tanya bagaimanakah keadaanmu di sana? Hari ini kita melihat beliau bernafas dalam lakonan drama tersebut, dan kini beliau telah pergi buat selamanya.


Izi Yahya
Pelakon watak antagonis dalam filem Embun juga telah pergi buat selamanya. Beliau juga rebah akibat pendarahan dalam otak.

Hani Mohsin
Beliau juga meninggalkan dunia ini semasa rebah untuk pergi ke satu destinasi yang aku lupa namanya. Bila teringat roda impian, semasa itu dikau masih bernafas dan kini telah pergi buat selamanya.

p/s kekadang aku terfikir, bagaimanakah keadaan mereka sedang menghadapi kematian dan soalan-soalan malaikat di dalam kubur. Dapatkah mereka menghadapinya? Yelah, dalam apa2 jua keadaan pun, kita juga akan menyusuri mereka. Sakitkah semasa mati? Semoga Allah mengampunkan dosa mereka dan dosa kita. Ya Allah, tempatkanlah kami di dalam syurgaMu dan mohon dijauhkan daripada azab nerakaMu.

1 comment: