7/27/2009

Salah Faham Maksud


Memang patut. Lain yang disuarakan lain pula yang ditafsir. Kenyataan TG Nik Aziz mengenai membaiki hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat telah disalah tafsir dengan hubungan antara PAS-UMNO.

"Lebih-lebih lagi selepas sejak tahun 1990 (sejak PAS memerintah Kelantan), kerajaan Umno/BN telah mendiskriminasi kerajaan PAS di sana.Kini ia diteruskan lagi dengan penafian royalti minyak kepada Kelantan.Begitu juga kepada kerajaan Pakatan Rakyat lain di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor," -Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS)

Inilah yang kerajaan pusat kena baiki. Hak kerajaan negeri dipulangkan. TG menyatakan akan melupakan persengkataan politik (baca: melupakan apa yang dilakukan oleh kerajaan pusat kepada Kelantan sejak tahun 1990) dengan membuka lembaran baru. Lembaran baru tersbut ialah dengan memulangkan royalti minyak dan gas kepada Kelantan. Itu sahaja! Takdenye PAS-UMNO.

No comments:

Post a Comment