8/01/2009

28,000 Mungkin Mati


Dianggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema A (H1N1) jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut.

"Daripada angka ini (5.5 juta orang dijangkiti), jika kita anggarkan kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus, kira-kira 5,500 hingga 28,000 penghidap selesema itu akan meninggal dunia," kata presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Penularan wabak kini memang semakin sukar untuk dibendung. Saye tertanya-tanya adakah bekas pesakit H1N1 yang dibebaskan itu betul-betul sembuh? Adakah tidak ada kebarangkalian untuk bekas pesakit tersebut menyebarkan kembali Influenza H1N1?

Apapun, semua rakyat Malaysia hendaklah bersabar dan bertahan sehingga akhir tahun ini. Vaksin percubaan akan tiba sama ada dalam bulan 9 atau 10. Apa yang kita dapat lakukan adalah dengan menjaga kesihatan dan berdoa.

Tips Mengelak Jangkitan:

  • Kurangkan menghadiri perjumpaan seperti pesta keramaian kecuali hal mustahak sahaja
  • Jauhi orang yang mengalami batuk dan selesema
  • Hadkan diri daripada pergi ke tempat ramai orang seperti pasar. Dalam erti kata lain, beli bekalan makanan untuk tempoh masa yang lama
  • Patuhi arahan pihak Kementerian Kesihatan
  • Membasuh tangan dan diri sebelum/selepas melakukan aktiviti
  • Segera berjumpa doktor sekiranya mengalami simpton Influenza

No comments:

Post a Comment