7/15/2009

Tinggalkan Dewan, Tindakan Tidak Matang


Beginilah cakap tidak serupa bikin. Jika ADUN ataupun Ahli Parlimen PR meninggalkan dewan persidangan, mereka dicop sebagai tidak matang, tindakan budak-budak dan sebagainya. Tapi apabila mereka sendiri yang keluar dewan apa ke halnya. Tidak kira apa jua pun alasan untuk keluar dewan, ADUN atau AP sama ada PR atau BN, semuanya adalah kerana satu sebab yang sama iaitu protes. Jadi, dalam kes ini, tidak wajarlah hanya menuduh ADUN/AP PR yang tidak matang, sebab mereka pun sama juga seperti yang 18 di atas.

Tambahan : Antara cakap tak serupa bikin mereka

Khairy Jamaludin menyatakan mereka yang berdemonstrasi adalah beruk-beruk jalanan tapi dalam masa yang sama puak mereka pun ikut demonstrasi seperti dalam isu DEB di Pulau Pinang.

Rais Yatim menyatakan demonstrasi bukan budaya kita. Tetapi, demo juga dilakukan oleh puak mereka.

Pemimpin tertinggi mereka berjanji dalam pilihan raya tidak ada lagi projek mee segera. Tapi hal jambatan di Manik Urai itu apa bendanya.

No comments:

Post a Comment