7/09/2009

Manik Urai Anak Emas- Mustapa


Manik Urai bukan sahaja anak angkat, malah akan menjadi anak emas apabila BN diberi peluang merampas DUN tersebut. Demikian kata Dato Mustapa.

"Saya merayu adik kakak semua berilah peluang kepada BN untuk melakukan perubahan, jika tidak berpuas hati, tolak kami pada pilihan raya umum akan datang."

Nampak sangat BN semakin terdesak untuk memenangi PRK ini. Apakan tidak, dalam PRK sebelum ini BN telah tewas 6-1. Kenyataan Muhyidin juga menunjukan jika BN kalah di kawasan MU yang bermajoriti melayu, maka jelaslah BN sudah ditolak rakyat.

Sebelum itu, bukankah parti politik dilarang meyampaikan atau menjalankan kegiatan politik di sekolah? Tapi, bagaimana dengan berita ini :

"BN ikhlas dan jujur serta cakna membantu penduduk Manek Urai. Buktinya memang jelas dan telah diketahui oleh semua pihak bahawa BN pada setiap masa membantu rakyat walaupun di negeri yang dikuasai pembangkang," katanya (Tok Pa).

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai Baru di sini.hari ini.

Hello. Apa yang anda lakukan. Jika ini pun anda dah langgar peraturan, jangan haraplah segala janji anda akan tepati. Tak kiralah apa jua majlis, tapi anda berpolitik di sekolah.

Cuba kita tengok kenyataan dalam dialog di atas:

"BN pada setiap masa membantu rakyat walaupun di negeri yang dikuasai pembangkang"

Penipu! Kenapa anda menarik royalti negeri Terengganu sebaik sahaja PAS memerintah? Kenapa anda tidak memberi peruntukan kepada Kerajaan Kelantan sejak tahun 1990 lagi?

Awas, para pengundi. Buat pilihan yang terbaik.

No comments:

Post a Comment