8/14/2009

Bila Nak Serius????

51 kematian setakat ini terus dianggap kecil oleh sesetengah pihak. Hari ini mgkin 6-7 orang akan dilaporkan meninggal menjadikan hampir 60 orang keseluruhannya. Tapi, masih belum ada inisiatif secara berkesan dilaksanakan. Mgkin angka ratusan barulah sibuk untuk mencari jalan berkesan.

Dah seminggu 3.6 juta dilaburkan untuk membekalkan thermometer di sekolah, ada komen mengatakan sekolah anak mereka masih belum menerimanya. Kempen yang diuar-uarkan pun belum menampakkan alirannya. Seolah-olah kerja sambil lewa. Sesetengah pemimpin sibuk makan di Mumbai di rumah Shah Rukh Khan tapi rakyatnya ditinggalkan bersendirian menghadapi risiko virus.

Ribuan kes dilaporkan dan sekarang ini laporan kes sudah tidak diumumkan. Adakah ini salah satu cara untuk kurangkan panik dalam kalangan kita? Kecuali jumlah kematian yang semakin meningkat.

Walaupun medium Iluv Islam mungkin tidak didengari atau dibaca apa yang user menulis mengenai virus ini. Amat berharap sekiranya kerajaan membuat usaha serius mengekang penularan ini dengan:

- membatalkan segala aktiviti melibatkan orang ramai seperti sambutan merdeka dan sewaktu dengannya
- menutup tempat yang menjadi ramai kunjungan orang seperti wayang (seperti mana langkah yang diambil oleh kerajaan india)
- mewajibkan pemakaian topeng dengan membekalkan topeng untuk rakyat
- jadikan akhbar khas untuk virus, berita semasa mengenai vaksin, dan keadaan virus diseluruh dunia sebagai akhbar sisipan.


p/s: current vaksin news mengatakan tahun hadapan baru dapat bekalkan kepada semua orang. Adakah 'mereka' ingin meninggikan lagi jumlah kematian sepertimana spanish flu membunuh setengah juta manusia?

No comments:

Post a Comment