8/14/2009

Ujian Pecubaan Vaksin



Syarikat pembuat ubat GlaxoSmithKline PLC berkata pada hari jumaat yang lepas bahawa mereka telah mula melakukan ujian klinikal vaksin selesama babi kepada manusia.

Glaxo bercadang untuk mengetuai 16 ujian percubaan klinikal kepada lebih 9000 orang di Eropah dan Amerika Utara. Keputusan awal ujian dijangka diperolehi awal september daripada ujian pertama yang dilakukan di Jerman. Data ujian akang dikongsi dengan badan perubatan supaya keputusan untuk memberi lesen kepada vaksin tersebut dapat dibuat lebih awal.

Eropah dan Amerika mempunyai sistem pengesahan vaksin pantas dalam usaha vaksin tersebut dapat digunakan secepat mungkin sebelum ujian keselamatan lengkap vaksin selesai. Badan Perubatan Eropah berkata vaksin selesama babi dapat diluluskan dalam tempoh 5 hari.

Dua lagi syarikat ubatan terbesar Novartis AG dan Sanofi-Aventis SA, telah memulakan ujian vaksin selesama babi awal bulan ini. Syarikat Farmasi Australia pula telah memulakan ujian percubaan pada bulan Julai lalu.

Menurut jurucakap Glaxo, Alexandra Harrison, ujian percubaan akan dimulakan di Jerman dalam akalangan 128 orang berusia 16-60 tahun.

Syarikat Glaxo juga berkata keputusan ujian awal akan segera dihantar ke Badan Pengawalan di Eropah dan Amerika. Syarikat Glaxo juga akan menyertakan data lama vaksin selesema burung kerana vaksin selesama babi adalah berdasarkan data tersebut.

Ujian percubaan juga akan dilakukan kepada warga emas, kanak-kanak dan remaja. Harrison menjangkakan vaksin berada dalam pasaran secepat mungkin.

"We aim to get the first doses out in September," Harrison said, with major orders fulfilled by the end of the year or early 2010.


Di Eropah, Glaxo membuat ujian percubaan dengan adjuvant, iaitu bahan kimia yang digunakan untuk mengaktifkan vaksin dan merangsang imun badan manusia.

Di Kanada dan Amerika, Glaxo menjalankan ujian dengan dan tanpa kehadiran adjuvant. Setakat ini, tidak ada negara memberi lesen kepada ubatan selesama yang mengandungi bahan kimia tersebut.

Keselamatan penggunaan adjuvant terhadap kanak-kanak dan wanita hamil belum lagi diuji secara konklusif.

Glaxo menerima tempahan vaksin sebanyak 291 billion vaksin dari seluruh negara. Amerika juga telah membuat tempahan sebanyak 250 million bahan vaksin.

Glaxo juga berkata akan memberi 50 billion vaksin kepada Pertubahan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk diagihkan kepada negara-negara miskin.

Sejak terletusnya virus selesama babi ini, seramai 1462 orang telah terkorban dan ratusan ribu telah dijangkiti.

No comments:

Post a Comment