4/10/2009

Pastikan Pasangan Anda Solat


Baru-baru ini saya berkesempatan mengikuti kuliah maghrib agama yang disampaikan oleh Ustaz Ismail( Ustaz tempat saya belajar). Saya tertarik dengan satu kiasan

"Perumpamaan orang yang meninggalkan solat adalah ibarat gugurnya sehelai daun dari pokok. Daripada hijau menjadi kuning, daripada kuning menjadi coklat, dan daripada coklat menjadi hancur"

Begitulah diibaratkan orang yang meninggalkan solat. Sampai hancur. Hancur mungkin dari segi amalan agamanya mahupun kehidupannya sama ada di dunia mahupun akhirat.
Poin utama disini adalah sekadar menyedarkan khususnya para wanita dalam memilih pasangan hidup masing-masing. Jika kita selak lembaran hadis, ada satu hadis menyatakan bab-bab dalam memilih pasangan. Syarat yang pertama yang ingin ditekankan ialah pasangan dari segi agamanya. Sudah tentu paling penting adalah solat. Hal ini kerana (juga daripada kuliah maghrib)

" Orang yang jaga solat, pasti dia dapat memelihara perkara lain"

maksudnya, sebaliknya, orang yang tak solat jangan haraplah dia dapat uruskan segala urusannya! Kenapa demikian..
Ini kerana, tiang agama pun tidak terbina bagaimana anda ingin menjamin dia membina rumah tangga? Ada yang berpendapat..biarlah..asalkan bahagia.. Bahagia? Pastikah anda?

Saya pernah berjiran dengan seorang jiran di mana si suami tidak solat.( bukan mengumpat, tetapi iktibar).. satu maghrib, sampai ke rumah saya terdengar suara suami tu terjerit-jerit memarahi seseorang(mgkin keluarga)..lalu diceritakan oleh si isteri, ketika marah kalau boleh si suami ingin sahaja menghumban salah seorang anak mereka ke dinding( anak berumur 3 tahun) dek kerana marah...

Begitulah jika kita tidak tegakkan tiang. segalanya boleh jadi.. Jadi pesanan, kenalilah pasangan anda dari segi agamanya. Jangan remehkan soal solat. Mungkin dia solat apabila tiba waktunya semasa anda keluar bersamanya, tetapi dapatkah anda jamin dia solat semasa di belakang anda? (menulis berdasarkan peristiwa sekarang)

Tanya-tanyalah..

p/s- empunya gamabr, mohon copy. trima kasih.

3 comments:

  1. ya..ustaz ismail musytari... memang setiap kuliah dan ceramah memang best dengan gaya bahasanya.

    ReplyDelete
  2. yup ex lecturer sye dulu..x igt subjek pe..yup ramai yg suka dgr ceramh dia.

    ReplyDelete